Showing posts with label alquran. Show all posts
Showing posts with label alquran. Show all posts

1. Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah:

1. Surah yang pertama di dalam al-Qur'an, al-Fatihah:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( ١)الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ( ٢)الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ( ٣)مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ( ٤)إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
( ٥)اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ( ٦)صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ ( ٧ )

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat. (1:1-7)

Surah al-Fatihah adalah merupakan surah yang istimewa diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya. (Hadis Riwayat Muslim)

Di dalam Sahih al-Bukhari dinyatakan bahawa surah al-Fatihah adalah surah terbesar di dalam al-qur’an.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT


Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."


Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.


Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
 
© ISLAMIC INFO CENTER All Rights Reserved