Berbagai Rupa Manusia Ketika Bangkit Dari Kubur

Berbagai Rupa Manusia Ketika Bangkit Dari Kubur
Golongan 1:
Golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang Mahsyar dengan tiada berkaki dan tiada pula bertangan. mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

Golongan 2:

golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang Mahsyar berupa seperti seekor babi. keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka di dunia ini mereka mengambil mudah tentang sembahyang dan tidak mengambil berat tentang sembahyang terutama sekali dengan sembahyang lima waktu dan mereka juga tidak menunaikan janji-janji yang dilafazkan di dalam sembahyang. nerakalah tempat mereka.

Golongan 3:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan perut mereka buncit seperti dipenuhi bukit dan didalamnya dipenuhi dengan ular dan kala jengking. Besarnya ular dan kala jengking itu seperti keldai. Ini adalah disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini tidak mengeluarkan zakat. Neraka jahanamlah tempat mereka.

Golongan 4:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan mulut mereka mengeluarkan darah.  Keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini suka menipu orang dalam urusan jual beli atau perniagaan yang mereka lakukan. Lantaran itu , nerakalah adalah tempat mereka diakhirat.

Golongan 5:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan badan mereka bengkak-bengkak dan berbau busuk lebih daripada bangkai, keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka menyembunyikan kejahatan kerana takut kepada mereka yang lebih yang lebih berkuasa, sedangkan yang lebih berkuasa adalah Allah bukannya manusia. Nerakalah tempat mereka.

Golongan 6:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan halkum mereka terpotong. , keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka suka berdusta dan bersumpah palsu. Nerakalah tempat mereka.

Golongan 7
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah-muntah keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka melarang atau mencegah orang dari menjadi saksi yang hak (benar). Nerakalah tempat mereka.

Golongan 8:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan kepala mereka kebawah dan kaki mereka keatas manakala kemaluan mereka ditusuk dengan besi panas sehingga mengeluarkan nanah.
keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka melakukan zina. Nerakalah tempatnya.

Golongan 9:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan muka mereka hitam, mata mereka berwarna biru dan perut mereka dipenuhi dengan api, keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka memakan harta anak yatim. Nerakalah tempat mereka.

Golongan 10:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan badan mereka dipenuhi dengan sopak dan kurap.
keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka menderhaka kepada kedua ibu bapa. Nerakalah tempat mereka.

Golongan 11:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan hati mereka buta. Mata dan gigi mereka seperti tanduk lembu jantan manakala, bibir mereka melebihi paras dada serta lidahnya terjulur hingga ke paras perut. Disamping itu, mulut mereka mengeluarkan  benda-benda yang kotor. keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka suka meminum arak. Nerakalah tempat mereka.

Golongan 12:
golongan manusia yang dibangkitkan dari kubur mereka masing-masing menuju ke padang mahsyar dalam keadaan muka dan wajah mereka berseri seperti bulan purnama mereka melintasi titian Siraatal Mustaqim pantas bagaikan kilat. keadaan ini berlaku disebabkan oleh semasa hayat mereka didunia ini mereka adalah orang yang beriman kepada Allah, mengerjakan segala amal ibadat dengan ikhlas kerana Allah, mengerjakan solat 5 waktu dengan sempurna (Lahir dan batin) serta matinya pula dalam keadaan bertaubat. Mereka adalah orang-orang yang mendapat keampunan Allah S.W.T. Syurga Adalah tempat mereka...

moga-moga kita berada di dalam golongan yang ke-12....dan dijauhkan daripada golongan yang mungkar.....'
amin....

Islamikah kehidupan seharian kita

Muhasabah Harian Setiap Muslim

Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

1.Apakah anda setiap hari selalu shalat shubuh berjemaah di masjid ? (bagi lelaki)

2.Apakah anda selalu menjaga shalat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi lelaki)

3.Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?

4.Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan shalat wajib?

5.Apakah anda selalu menjaga shalat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?

 
© ISLAMIC INFO CENTER All Rights Reserved